Golongan remaja adalah merupakan asset utama negara dan mereka merupakan golongan penduduk terbesar di negara ini. Mereka adalah generasi pewaris yang akan mengambil peranan dan tanggungjawab mengurus negara pada hari muka nanti. Golongan remaja ini yang melingkungi umur belasan tahun sehingga dua puluhan adalah peringkat umur yang dipenuhi dengan pelbagai pemikiran dan semangat berkobar-kobar. Lantaran itulah islam telah meletakkan remaja yang beriman kepada Allah di tempat yang paling mulia dikalangan manusia sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Kahfi ayat 13 – 14 yang bermaksud :“kami menceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar, sesungguhnya mereka itu orang-orang yang beriman kepada tuhan mereka dan kami tambah mereka dengan hidayah petunjuk. Dan kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian) tatakala mereka bangun (menegakkan tauhid) lalu berkata : “tuhan kami ialah tuhan yang menciptakan dan mentadbir langit dan bumi, kami tidak sesekali akan menyembah tuhan yang lain daripada-Nya , jika kami menyembah yang lain-Nya, bermakna kami mempertahankan dan mengakui sesuatu yang jauh daripada kebenaran”Ayat di atas, menerangkan bagaimana sekumpulan remaja yang digelar asshabul kahfi yang beriman kepada Allah dan berusaha menyelamatkan aqidah mereka daripada digugat oleh pemerintah zalim ketika itu.
Sejarah juga telah mencatatkan : bahawa ketika nabi menyebarkan islam, golongan remaja adalah golongan yang mula-mula beriman dan menyokong nabi sedangkan yang tua-tua tetap berdegil dan terus menentang. Golongan remaja seperti Ali bin Thalib, Abdullah bin Mas’ud, Suid ibnu Ziad, Abdulrahman ibnu Auf, Bilal bin Rabah adalah golongan remaja yang beriman kepada Allah dan menegakkan agama islam yang tercinta ini.
Berdasarkan kepada hakikat inilah usia remaja adalah usia yang amat berbahagia dan bernilai dan ianya tidak boleh disia-sia begitu sahaja. Masa remaja adalah di antara perkara yang disoal di akhirat nanti sebagaimana sabda nabi yang diriwayatkan oleh Muaz bin Jabal yaitu :“tidak berganjak kaki anak adam pada hari kiamat sehingga disoal empat perkara
• Tentang umurnya, kemana dihabiskan sewaktu di dunia dahulu ?
• Di masa remajanya, bagaimana dia menhadapi ujian diwaktu tersebut ?
• Tentang hartanya, di mana diperolehi dan kemana dibelanjakan ?
• Tentang ilmunya, apakah dia telah beramal dengan ilmunya ?Dalam konteks pembangunan remaja hari ini , yang sewajarnya diberi keutamaan di mana langit terbuka tanpa sempadan dan dunia semakin mengecil, segala peristiwa yang berlaku di dunia kita dapat ketahui dengan kadar masa yang amat cepat sekali. Ditambah pula dengan gerakan musuh islam dengan strategi mereka untuk menghancurkan aqidah muslim, merosakkan akhlak muda-mudi dan mengembangkan pergaulan bebas, maka pembangunan remaja mesti difokoskan kepada 4 perkara penting.
1. Pembagunan keilmunan. Golongan remaja mesti diberi galakkan dan semangat untuk mengusai ilmu dan kemahiran bagi menjamin dan mengangkat kecermelangan umat. Setiap individu muslim khususnya para ibubapa, mestilah berperanan untuk menanamkan semangat belajar dikalangan remaja agar mereka mempunyai kegigihan dan kerajinan luar biasa dalam mengusai ilmu dan kemahiran. Kita mesti memastikan golongan remaja cintakan ilmu, rajin membaca, celek maklumat serta sentiasa menunjukkan kecemerlangan dalam pencapaian akedemik. Dalam surah المجادالة,ayat 11 allah berfirman: Ertinya “supaya allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman d iantara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengatahuan dengan pelbagai darjat. Dan ingatlah Allah maha mendalam pengatahuannya tentang apa yang kamu lakukan. Manakala dalam hadith nabi yang diriwayatkan oleh Abu Nukman nabi bersabda: Ertinya ialah sesungguhnya ilmu pengatahuan itu akan memuliakan seseorang dengan lebih mulia dan mengangkat darjatnya setaraf dengan raja.
2. Pembagunan kejiwaan ,iaitu membentuk kejiwaan secara islam dikalangan remaja agar mereka mempunyai minat dan kecendurungan terhadap islam serta berpegang kepada ajaran islam. Kita mesti menjinakan jiwa mereka dengan ajaran islam agar kehidupan beragama dihayati dalam memenuhi kehidupan dan kemahuan. Kita harus menyedari dan memahami bahawa dizaman remaja ini, anak-anak sedang mencari contoh untuk membina identiti mereka. Jika dibiarkan, besar kemungkinan mereka akan terpengaruh dengan budaya asing yang cabul dan bacul yang mempengaruhi pemikiran mereka, pandanngan hidup mereka, tindak tanduk mereka dan perlakukan hidup mereka. Ambillah peringatan sabda nabi yang diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi iaitu ;
“akan tiba suatu zaman dimana islam tidak tinggal kecuali namanya sahaja dan al-quran tidak tinggal kecuali tulisannya sahaja, masjid mereka kosong dari petunjuk, ulama’ meraka adalah manusia yang paling jahat dari yang ada di bawah langit dan mereka muncul berbagai fitnah dan fitnah itu kembali lingkungan mereka.
Dalam konteks pembangunan kejiwaan ini, golongan remaja hendaklah diberi kepada tarkiah ruhaniah iaitu pembersihan jiwa supaya jiwa dan hati mereka dalam keadaan suci bersih dan sentiasa dekat dengan Allah. Mulut dan lidah mereka sentiasa basah dengan zikrullah dan tilawah al-quran. Seluruh anggota mereka sentiasa dalam pengabdian diri kepada Allah manakala hati sentiasa takutkan Allah dan apa sahaja yang dimurkai-Nya.
3. Pembangunan jasmani dan member penekanan kepada “budaya hidup sihat”. Golongan remaja mesti diberi pendedahan tentang penjagaan kesihatan dan kecergasan fizikal, pengambilan makanan yang suci, bersih dan berkhasiat, penjagaan persekitaran yang bersih, ceria, indah, nyaman, selesa dan selamat, budaya penyayang serta kehalusan budaya dan keunggulan peribadai. Kita amat bimbang dan takut jika golongan remaja mengabaikan aspek kesihatan dan budaya hidup sihat, terlebih dengan penyalahgunaan dadah, pil kuda dan tabiat merokok, terpengaruh dengan berlumba motor dan merempik serta mempunyai pegangan bahawa hidup muda hanya sekali. Gejala ini jika dibiarkan maka akan berlakulah seperti yang disebut oleh Said Khutub sebagai “tadmirun Insan” iaitu penghancuran manusia.
4. pembangunan latihan atau tarbiah pengurusan diri dan organisasi. Mereka mesti diberi pendedahan tentang budaya kerja yang mementingkan kecermelangan dan menekankan kerja sepasukan, firman Allah dalam surah Al-Mulk ayat 2 ;“Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup semula untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu : siapakah di antara kamu yang lebih baik amalanya, dan Dia Maha Kuasa lagi amat pengampun “