ZAITON MOHAMAD NOOR

Berkhidmat sebagai seorang Guru
dan
Perunding Unit Amanah Public Mutual (Anak Syarikat Milik Penuh Public Bank)

SUKARELAWAN PENJANA KEBAIKAN



Marilah kita terus meningkatkan ketakwaan kepada Allah s.w.t dengan tulus dan seikhlasnya, dengan melaksanakan suruhannya dan meninggalkan segala larangannya, tidak hanya dengan ucapan semata- mata tetapi yang lebih penting dengan perbuatan yang nyata.

Sesiapa yang membawa kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan ( kejahatan) yang sama dengannya, sedangkan mereka tidak dianiaya (sedikitpun).{Al-An’am : 160}

Ayat di atas, Allah s.w.t menjelaskan bahawa rahmat allah s.w.t menerusi ganjaran yang luas dikurniakan kepada mereka yang menyubur dan membudayakan kebaikan, dan amaran keras berupa pembalasan terhadap mereka yang melakukan kejahatan. Inilah rahmat dan rahim Allah S.W.T kepada hambanya.

Islam adalah toleransi; tolong menolong, bantu membantu, bahu membahu kearah membudayakan amalan kebaikan dan kebajikan antara satu sama lain. Bagi mencapai hasrat ini, asas-asas penting seperti saling kenal mengenal, saling faham memahami dan saling lengkap melengkapi wajar dipupuk secara mendalam. Melalui asas-asas inilah semangat sukarela dalam bermasyarakat dapat dipertingkatkan. Justeru itu, Allah S.W.T mengingatkan kita agar jangan tersilap langkah bertolong–tolongan dalam melakukan kejahatan, kemaksiatan, kefasadan dan kemungkaran. Allah S.W.T menegaskan amarannya menerusi firmannya dalam surah Al-Maidah ayat 2 yang bermaksud:

‘dan hendaklah kamu bantu membantu dalam perkara kebajikan dan ketaqwaan dan jangan kamu saling tolong menolong pada melakukan kemaksiatan (perbuatan yang mengundang dosa) dan kehancuran; sebaliknya bertaqwalah kepada Allah S.W.T kerana Allah S.W.T amat berat azab siksanya (bagi mereka yang melanggar perintahnya).

Allah s.w.t akan mengurniakan ganjaran yang tidak ternilai kepada sukarela dan yang seringkali berusaha membantu untuk melaksanakan kebaikan. Perihal ini dinyatakan oleh Allah s.w.t did alam surah Al-Baqarah ; 261:

bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap satu tangkai itu pula mengandungi seratu biji, dan (ingatlah) Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki, dan Allah Maha (Rahmat) kurniaanya, lagi meliputi ilmu pengetahuan.

Subhanallah ! Inilah gambaran orang yang secara sukarela membelanjakan harta ke jalan Allah s.w.t. Yakinlah janji-janji Allah itu adalah benar. Biarpun usaha kebajikan yang dilakukan ini adalah sedikit, itu tidak memaling janji Allah untuk tetap mengurniakan ganjaran yang besar. Sesungguhnya itulah tanda-tanda kekuasaan Allah s.w.t dan bukti kasih sayang Allah s.w.t terhadap hambanya.



Allah s.w.t menggalakan umat islam berkerjasama secara berkumpulan dan berjemaah. Umat islam yang sentiasa berada di dalam jemaah mereka tidak akan disesatkan oleh mush, bahkan mereka akan sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah s.w.t. Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud :

Sesungguhnya Allah tidak akan mengumpulkan umatku di atas jalan kesesatan dan kekuasaan Allah itu bersama dengan jemaah dan sesiapa yang memencilkan diri bererti ia telah memencilkan diri kedalam neraka’

Dalam teradisi orang melayu, pepatah “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing” membuktinan bahawa amalan sukarela ini dapat dilakukan melainkan dengan tolong menolong antara segenap anggota masyarakat.

Dari segi perjuangan di zaman Nabi s.a.w, ketika berlaku perang tabuk dalam bulan rejab tahun ke 9 hijrah, ramai para sahabat r.a secara sukarela menyumbang harta untuk peperangan mengikut kemampuan masing-masing.

Antaranya Saidina Uthman bin Affan r.a menyumbang 300 ekor unta yang sihat dan besar bersama wang sejumlah 100 dirham. Saidina Abu Bakar As-siddiq menginfatkan segala hartanya manakala Saidina Umar bin Al-Khatab r. pula menyumbang separuh hartanya. Semuanya ini dilakukan secara sukarela tanpa paksaan, tanpa menunjuk-nunjuk, tanpa membanding-banding , mereka lakukan ini semata-mata Allah s.w.t.

Diriwayatkan bahawa ketika Abu Bakar membawa seluruh harta benda, Rasulullah s.a.w bertanya “ Wahai Abu Bakar apa yang engkau tinggalkan untuk anak isteri engkau?”, jawab Abu Bakar “ Saya tinggalkan kepada mereka Allah dan Rasulnya” kata Umar Ibni Al-Khatab “Saya tidak pernah dapat mendahului Abu Bakar selamanya”

Subhanallah, inilah generasi qudwah (contoh), generasi yang wajar diteladani bukan hanya dibaca riwayat hidupnya sahaja sebaliknya dicontohi sebagai teladan dalam diri, keluarga, masyarakat dan negara. Inilah genarasi yang berjaya dibina dan dibentuk oleh Nabi s.a.w secara sistematik, bermula dengan mengajak manusia menyembah Tuhan yang Esa iaitu menerapkan akidah yang benar dan mengajak manusia berbudi pekerti yang baik dengan menerapkan asas akhlak terpuji dikalangan masyarakat.

Hasilnya kita dapat melihat, bagaimana genarasi didikan rabbani ini sentiasa berlumba-lumba membelanjakan harta benda dan melakukan amal kebajikan dengan tulus ikhlas. Malah mereka turut mengorbankan jiwa raga semata-mata untuk mempertahankan agama Allah s.w.tdaripada dicerobohi, digugat dan dihina.

Pengajaran berguna daripada peristiwa yang berlaku di atas, maka kita boleh mengambil ikhtibar mengenai semangat bantu membantu dan sukarela dalam kerja-kerja bermasyarakat dan berjemaah meningkatkan agama islam . Antaranya :

· Menyuburkan kekuatan kearah kesatuan berfikir dan kesatuan bertindak

· Meringankan sesuatu beban dan penderitaan

· Menjadikan gerak kerja lebih tersusun, terancang dan teratur

· Memperluaskan ruang dan hubungan media dalam medan dakwah

· Berupaya menyampaikan seruan islam secara lebih berkesan

· Berupaya mengiratkan ikatan persaudaraan sejati dan seutuh.

Marilah kita mengorak langkah, maji kehadapan saling bantu membantu dan berkerjasama anatara satu sama lain. Marilah kita jadikan diri kita umpama sebuah binaan bangunan yang tersergam indah, saling memerlukan antara satu sama lain. Mejadi sebaik-baik manusia yang sentiasa member menafaat kepada manusia lain. Hindarilah diri kita daripada melakukan perkara keji dan mungkar yang ditegah Allah s.w.t. Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan orang-orang yang benar dan dikasihi Allah s.w.t

“Sesungguhnya orang-orang yang benar-benar berimanan hanyalah orang yang percaya kepada Allah s.w.t dan Rasul nya kemudian terus percaya tidak ragu-ragu lagi serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa raga mereka kejalan Allah s.w.t. mereka itulah orang-orang yang benar”