“sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi allah adalah orang yang paling bertakwa d iantara kamu, bahawa sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya” – al-hujrat – 13.
Beberapa minggu yg lepas kita telah menyambut 1431 hijrah dan diikuti beberapa hari kemudian kita menyambut tahun 2010 masihi. Secara sedar atau tidak masa bergerak dengan begitu cepat sekali, sehingga tahun yang berlalu telah meninggalkan kita dengan pelbagai episod suka duka yang dilalui. Segala-galanya tinggal menjadi kenangan.
Sebagai seorang muslim yang kuat pegangan keagamaan dan istiqamah dengan peghayatan islam dalam kehidupan, kita hendaklah sentiasa mengingati pesanan Nabi sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Al-Tarmizai…
“orang yang cerdik ialah orang yang membentuk dirinya selaras dengan ajaran agama dan beramal untuk persediaan sesudah mati, manakala orang yang bodoh ialah orang yang menurut keinginan hawa nafsu dan berangan-angan Allah akan melaksanakan segala cita-citanya”Bila tiba tahun baru, kita menghadapinya dengan keazaman dan keyakinan diri serta dengan cita-cita yang tersendiri. Kita mengatur persiapan bagi menghadapi pelbagai cabaran yang berada dihadapan, disamping kita membuat muhasabah diri untuk menilai kekuatan dan kelemahan sendiri sepanjang tahun yang lalu.
Bagi meniti tahun baru ini, dicadangkan beberapa agenda bertindak untuk kita laksanakan.
Agenda bertindak yg pertama ialah menentukan tarkiyah atau sasaran yang ingin dicapai pada sepanjang tahun baru ini. Tarkiyah ini penting supaya kehidupan ini lebih berfokus dan menjurus kepada sasaran yang ingin dicapai. Kita tidak boleh menjadi manusia yang hebat tanpa mempunyai hala tuju yang jelas dalam kehidupan. Ibarat orang yang belayar dilautan yang tidak mempunyai kompas perjalanan, sehingga pergerakan mengikut tiupan angin tanpa diketahui hala tujunya. Dalam hal ini Allah telah menegaskan dalam surah Al-Hasry -18:
”Hai orang-orang yang beriman!bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan’
Sebagai seorang muslim kita mempunyai tarkiyah atau hala tuju yang jelas dalam kehidupan di dunia yang bersifat sementara ini, yaitu kita inginkan sebuah kehidupan yang sejahtera, memperolehi kecemerlangan dalam setiap aspek kehidupan, disamping itu kehidupanan ini juga sentiasa berada dalam kerahmatan dan keberkatan Allah dan matlamat terakhir kita ialah memperolehi keridhaan Allah kerana Allah telah menegaskan dalam surah Al-Fajr : 27-30;
”Wahai orang yang mempunyai jiwa yang setiasa tenang tanpa dengan kepercayaan dan bawaan baiknya kembalilah kepangkuan tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati dengan segala nikmat yang diberikan lagi diredhai disisi tuhanmu serta masuklah dalam kumpulan hamba-hamba ku yang berbahagia dan masuklah kedalam syurgaku”
Agenda kedua yang harus dilakukan bagi menghadapi tahun baru ini ialah melaksanakan kerja secara teratur dan berkesan bagi memastikan tarkiyah atau hala tuju tersebut tercapai. Tarkiyah tanpa diringi dengan usaha dan kerja yang sungguh-sungguh adalah angan-angan yang tidak kesampaian. Manakala usaha yang dilakukan tanpa tarkiyah yang jelas adalah sia-sia dan tidak bermakna, kerana itulah nabi menegaskan dalam hadis diriwayatkan oleh Umar bin Al-Khatab
”Sesungguhnya setiap amalan bergantung kepada niat, seseorang itu akan diberikan ganjaran berdasarkan niatnya:
Marilah kita tingkatkan kualiti pengurusan kerja kita supaya ianya berada ditahap yang terbaik. Kerja yang memberi kepuasan kepada pelangan dan kerja yang meningalkan kenangan indah kepada kita. Kerja sebeginilah yang akan memperolehi keberkatan dan keridhaan Allah.
Agenda bertindak ketiga dalam pengisian tahun baru ialah beruasaha untuk meningkatkan kualiti diri kita agar kita berada ditahap cemerlang. Kita mesti melatih dan mebiasakan diri kita menjadi manusia yang berdisplin, beradab dan bersopan, bersemangat tinggi dan mempunyai kekuatan dalaman sehingga bisa menghadapi cabaran semasa. Sewajarnya kita berusaha untuk meletakan diri sebagai manusia contoh yang menjadi model dan contoh terbaik kepada orang lain. Kualiti diri bukan sahaja dari aspek penampilan diri malah merangkumi aspek perlakuan, perhubungan, percakapan, pergaulan dan sebagainya. Kita mesti melaksanakan apa yang Nabi sebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Al-tarmizi :
’sebaik-baik manusia adalah yang memberi menafaat kepada orang lain”
Elakkan dan hindarilah diri daripada segala unsur yang merendahkan martabat diri kita seperti mementingkan diri, kedekut, sombong, angkuh, kurang adab dan mengasingkan diri daripada jemaah atau masyarakat.
Agenda keempat ialah kita mesti bijak bertindak samada dalam pengurusan diri, pengurusan kerja, pengurusan masa, pengurusan kewangan , pengurusan keluarga dan sebagainya.
Kebijaksanaan dan kemantangan kita dalam menyusun strategi kerja sehingga setiap kerja dilakukan dengan penuh kesungguhan dan kesempurnaan telah meningkatkan kesan yang positif dalam kehidupan.
Tekad dan azam ditahun baru ini dimana kita tidak akan membazir masa, melakukan kerja dengan sambil lewa, mengikut hawa nafsu sehingga dibebani hutang dan tekanan yang tidak menentu, tanggungjawab terhadap keluarga terabai dan tidak terurus, akhirnya kehidupan menjadi keluh kesah tanpa hala tuju.
Agenda terakhir ialah untuk meningkatkan amalam ibadah kita yang merupakan saham simpanan kita diakhirat nanti. Kita sedia maklum bila masuk tahun baru, umur semakin meningkat dan kita semakin dekat dan hampir dengan kematian.
Marilah kita berazam untuk memperbanyakan amalan-amalan sunat disamping amalan-amalan fardhu yang merupakan saham utama kita. Marilah kita menyuci dan membersihkan hati serta rohani agar kita memperolehi kelazatan beribadat dan kerajinan melaksanakan tuntutan agama. Marilah kita basahkan lidah ini dengan zikrullah, tahmid, takbir, tahlil, istighfar dan selawat agar setiap detik dan saat yang ada dimenafaatkan dengan penuh kerajinan. Marilah kita ringankan tulang empat kerat ini dan kita hulurkan sumbangan untuk mereka yang memerlukan dengan penuh keikhlasan dan ketulusan hati
”dan bersegeralah kamu kepada kemapunan dari tuhanmi dan kepada surga yang luas seluasnya, seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa” {surah Al-Imran ; 133}.
Insyaallah dengan tekad dan azam serta semangat juang yang tinggi, ditambah pula dengan peribadi yang berkualiti, kedatangan tahun baru membawa perubahan baru yang membolehkan kita mencapai kebaikan dunia dan akhirat.