PENDEKATAN PENGAJARAN PENULISAN
Terdapat beberapa pendekatan pengajaran penulisan (Raimes (1983)).
Antaranya ialah:
1. Pendekatan Terkawal
2. Pendekatan Bebas
3. Pendekatan Pola- Perengganan
4. Pendekatan Tatabahasa-Sintaksis-Organisasi
5. Pendekatan Komunikatif
6. Pendekatan Proses
PENDEKATAN TERKAWAL
- Ia digunakan pada tahun 50-an dan 60-an iaitu pada zaman pendekatan audio-lingual yang mengutamakan bahasa lisan daripada penulisan malah mengutamakan ketepatan murid-murid menggunakan unsur-unsur bahasa dan sintaksis.
- Pengajaran penulisan dipandu atau dikawal lebih banyak pada peringkat awal supaya murid-murid tidak melakukan kesalahan dan beransur kurang pada peringkat seterusnya.
- Murid-murid masih mempunyai kebebasan untuk memilih kosa kata atau struktur ayat sendiri.
- Contohnya dalam kemahiran bahasa dan karangan berpandu.
- Antara bentuk kawalan yang dilakukan oleh guru ialah:
1. Murid-murid mengisi tempat kosong dengan perkataan-perkataan atau frasa.
2. Guru menggunakan gambar atau bahan lain sebagai rangka karangan.Murid-murid mengarang berpandukan bahan ini.
PENDEKATAN BEBAS
- Guru mengutamakan kuantiti berbanding kualiti penulisan.
- Murid-murid diberi kebebasan untuk menulis tentang sesuatu tajuk dan guru hanya melakukan sedikit pembetulan.
- Murid-murid pada peringkat pertengahan perlu memberi perhatian pada isi dan kelancaran penulisan tanpa memikirkan bentuk.
- Apabila murid-murid dapat mencatat idea maka ketepatan bahasa dan penyusunan idea dapat dikuasai bersama.
- Memberi peluang kepada murid-murid menggambarkan pendapat mereka secara bersendirian.
- Penulisan juga boleh menggunakan bahan-bahan yang terdapat di luar bilik darjah contohnya makalah daripada akhbar.
- Guru perlu menyimpul secara ringkas perkar-perkara yang perlu dimasukkan oleh murid-murid dalam karangan mereka.
PENDEKATAN POLA-PERENGGANAN
- Memberi keutamaan kepada pembentukan perengganan yang baik dalam karangan.
- Prinsip asas ialah anggapan setiap masyarakat dalam sesuatu kebudayaan mempunyai cara berkomunikasi yang berbeza dengan masyarakat lain.
- Maka murid-murid perlu dilatih untuk menyampaikan pendapat dalam perenggan yang kemas.
- Antara latihannya ialah:
1. Latihan mengkaji contoh-contoh perenggan yang baik.
2. Latihan meyusun ayat-ayat yang diberi oleh guru supaya membentuk satu perenggan yang kemas yakni perenggan yang mengandungi ayat-ayat yang saling berhubung dan melengkapi bagi membentuk satu kesatuan.
PENDEKATAN TATABAHASA-SINTAKSIS-ORGANISASI
- Guru menganggap bahawa murid-murid perlu menguasai beberapa kemahiran kecil secara sekaligus terlebih dahulu sebelum mereka dapat menulis sesuatu bentuk penulisan.
- Guru merancang aktiviti penulisan yang memerlukan murid-murid memberi perhatian terhadap tatabahasa dan sintaksis yang perlu digunakan dalam penulisan tersebut.
- Murid-murid perlu menguasai struktur ayat yang sesuai dengan gaya penulisan tersebut contohnya ayat perintah, unsur bahasa seperti kata hubung dan kata tunjuk jika diberi karangan jenis panduan atau petuaan.
- Murid-murid juga dilatih untuk menyusun idea-idea mereka supaya menjadi satu kesatuan.
- Pendekatan ini menunjukan perhubungan antara tujuan menulis sesuatu bentuk penulisan dengan bentuk-bentuk bahasa yang paling berkesan bagi menyampaikan tersebut.
-
PENDEKATAN KOMUNIKATIF
- Mengutamakan tujuan menulis sesuatu bentuk penulisan dan khalayak yang membaca penulisan tersebut.
- Murid-murid digalakkan untuk menulis dalam situasi yang sama seperti yang terdapat dalam kehidupan seharian.
- Sebagai contoh, Satu kemalangan jalan raya telah berlaku di Jalan Raja Alang pagi ini antara sebuah lori dengan sebuah kereta. Dalam kemalngan itu, empat orang penumpang kereta meninggal dunia di tempat kejadian sementara pemandunya cedera parah. Ketua pengarah sebuah syarikat akhbar tempat anda bekerja mengarahkan anda pergi menyaksikan kejadian tersebut dan meminta anda menulis satu laporan untuk disiarkan esoknya.
PENDEKATAN PROSES
- Penekanan terhadap proses penulisan iaitu bagaimana memulakan karangan bagi menghasilkan penulisan yang sempurna.
- Murid-murid diberi waktu untuk menulis dan guru membaca lalu memberi maklum balas terhadap bahan penulisan tersebut.
- Pembacaan untuk sesuatu bahan penulisan murid-murid pada peringkat catatan awal juga boleh dilakukan oleh rakan mereka selain guru.
- Guru memulakan pengajaran dengan aktiviti prapenulisan iaitu murid-murid mengkaji sesuatu tajuk karangan secara mendalam melalui pembacaan, perbincangan, sumbang saran dan perbahasan.
- Selepas itu, murid-murid mencatatkan isi-isi yang dibincangkan, membuat catatan awal pertama karangan,guru atau rakan memberi maklum balas terhadap idea kemudian murid-murid menulis semula dengan memberi pertimbangan terhadap idea-idea baru yang diberi oleh rakan.
- Dalam pendekatan ini, guru memberi masa serta maklum balas kepada idea-idea yang dihasilkan oleh murid-murid sebelum mereka menghasilkan sesuatu karangan.